Malu adalah sifat yang dijunjung tinggi dalam dunia Guru. Kalau malu sudah hilang, guru samalah seperti binatang. Semasa aku menjadi guru ada rakan rakan guruku di dakwa dan di adu mencabul kehormatan anak muridnya. Rasa malunya sudah hilang dan benar sekali dirinya umpama seekor binatang. Sifat malu adalah cerminan moral bagi diri sesaorang. Malu membuat kejahatan, malu melakukan pekerjaan yang tercela, malu berkata kasar, malu menyombong, malu menipu, malu melakukan perbuatan kianat, malu menderhaka, malu merampas hak orang lain, malu melepaskan kewajipan dan tanggungjawab, malu menyingkap keburukan orang lain dan sebagainya.
Malu dipantang dalam melakukan perkara perkara baik seperti malu pada menuntut ilmu, malu mengaku kesalahan dan kesilapan sendiri, malu berterus terang, malu untuk bertanggung jawab atau malu melakukan perkerjaan yang kasar tetapi halal.
Orang tua telah berpesan kepada semua guru...

tanda guru tidak bermalu
perangai buruk tipu memipu
budi rendah adu mengadu
hati busuk cemburu mencemburu
kelakuan hina seteru berseteru
diri bodoh berlagak tahu
ditunjuk orang tiada mahu
berkata jujur lidahnya kelu
berbuat baik tangannya kaku
kerja berlagak kehilir kehulu
perangai buruk tipu memipu
budi rendah adu mengadu
hati busuk cemburu mencemburu
kelakuan hina seteru berseteru
diri bodoh berlagak tahu
ditunjuk orang tiada mahu
berkata jujur lidahnya kelu
berbuat baik tangannya kaku
kerja berlagak kehilir kehulu
Selamat tahun baru.